Friday 13 July 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1Malaysia...


Sebagai wakil penganjur, Kelab Polis Unit 7 PSP.. kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peminat sukan MTB yang menyertai, memeriahkan serta menjayakan MTB Red Beret 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14.07.2012.


Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu VIP yang telah sudi hadir sama dalam menjayakan MTB Red Beret 2012. Seterusnya ucapan penghargaan kami tujukan kepada semua pihak penaja utama kami. Tidak lupa juga buat semua AJK, petugas dan pasukan bantuan... kami amat menghargai sokongan anda dalam memastikan kelancaran program MTB Red Beret 2012.


Kami memohon maaf di atas sebarang kekurangan di dalam usaha kami untuk memastikan program MTB Red Beret 2012 berjalan lancar. Kami amat berterima kasih kepada semua yang memberi komen dan cadangan untuk memantapkan lagi program kami di masa hadapan, Insya Allah.


Sekalung Tahniah diucapkan semua pemenang MTB Red Beret, Semoga kita berjumpa lagi di masa-masa akan datang. Insya Allah... 

Thursday 21 June 2012

Maklumat Terkini

PADA 13 JULAI 2012 DARI JAM 09.00 PAGI HINGGA 09.00 MALAM, HANYA NO PLET SAHAJA YANG AKAN DIEDARKAN KEPADA SEMUA PESERTA. 
SEMUA PESERTA HANYA BOLEH MENUNTUT GOODIES BAG SELEPAS SELESAI KAYUHAN.. HARAP MAKLUM..

MAKLUMAN TERKINI @ 05 JULAI 2012 JAM 1300 HRS : PENDAFTARAN PENYERTAAN PESERTA TELAH DITUTUP !!

SENARAI PESERTA MENGIKUT KATEGORI MASING-MASING BESERTA NO. PLET TELAH DIKEMASKINI . [di sini]

JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA RIDER MTB YANG TELAH MENDAFTAR.





  • Semak senarai peserta beserta no. plet  anda di sini. Sila maklumkan kepada pihak kami jika ada sebarang perubahan.
  • Setiap peserta yang mendaftar akan menerima Sijil Penyertaan, dan bagi peserta yang berjaya menamatkan kayuhan akan menerima medal.
  • Hadiah bagi setiap kategori telah dikemaskini, sehingga tempat ke-10.
  • Pengambilan no plet pada 13 Julai 2012 dari jam 09.00 pagi hingga 09.00 malam di Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
  • Bagi peserta yang tidak dapat mengambil no plet pada 13 Julai 2012, boleh berbuat demikian pada 14 Julai 2012 sebelum flag off (sila hubungi kami).
  • Bagi penyertaan secara berkumpulan, hanya KETUA KUMPULAN atau WAKIL dibenarkan mengambil  no plet / goodies bag.
  • Semasa mengambil  no plet / goodies bag, pastikan anda membawa borang dan slip pembayaran ASAL. Kerjasama dari semua peserta amat diperlukan bagi mengelakkan kesulitan.
  • Kami juga menyediakan side event pada 14 Julai 2012 bagi keluarga dan juga pengunjung yang memeriahkan event. Antara side event yang bakal diadakan adalah street soccer, peraduan mewarna (kanak-kanak), sukaneka, pameran PDRM, pameran kereta dan motosikal dan juga gerai jualan.


HADIRLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI. ACARA-ACARA SAMPINGAN (SIDE EVENT) BAKAL DISAJIKAN KEPADA AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI YANG TIDAK BERKAYUH...


Monday 4 June 2012





NS Open MTB Red Beret Challenge 2012
~ Malaysian Mountain Bike Jamboree ~
( 2 in 1 - Challenge & Jamboree )


Anjuran:
  • Kelab Polis Unit 7 PSP Seremban bersama Kelab Basikal MTB Unit 7.
  • Red Beret ( Beret Merah ) adalah begitu sinonim dengan pasukan PSP ( FRU ) .

Tarikh:
  • Sabtu, 14 Julai 2012, 7.00 pagi. Flag off pada jam 8.00 pagi.

Lokasi:
  • Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Laluan Kayuhan:
  • Kayuhan bermula dari Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan akan melalui Kg Sentosa, Taman Tasik Jaya dan Taman Bandar Senawang. Selepas itu anda akan masuk ke trail head offroad yang akan melalui ladang kelapa sawit serta hutan simpan. Anda akan dihidangkan dengan bukit bukau seperti Bukit Gila, Bukit Bon, Bukit Putus (baru dan lama) dan kepada yang ingin menyejukkan badan, anda boleh berbuat demikian di Sungai Brad. Kepada yang kehabisan air jangan risau dan jangan gundah gulana, beberapa water feeding disediakan sepanjang laluan tidak termasuk dengan water feeding asli iaitu air yang mengalir di celah-celah bukit serta air sungai yang jernih dan bersih airnya. 
  • Laluan offroad akan berakhir di Jalan Bukit Putus (lama) dan anda akan mendaki laluan lama ini hingga ke puncak. Dari situ anda akan downhill dengan kelajuan melebihi 50 km/j hingga ke persimpangan laluan Bukit Putus (baru). Pendakian ini akan membawa anda ke puncak di mana ia menjadi hentian kepada pengayuh-pengayuh malam terutamanya kepada geng Perpatih. Dari puncak anda akan menuruni bukit hingga ke kaki Bukit Putus dan anda akan santai di sini tanpa sebarang pendakian hingga ke Stadium Paroi sebagai penamat kayuhan.
  • Kepada yang berminat untuk melihat peta laluan anda boleh klik di sini.


Jarak kayuhan:
  • 38 km ++.

Kategori dipertandingkan:
  • Lelaki Terbuka
  • Wanita Terbuka
  • Lelaki Veteran ( 40 tahun ke atas )


Yuran penyertaan:
  • RM50.00 setiap peserta sehingga 30 Jun 2012 (dapat baju-T) DITUTUP !!!
  • Bermula 1 Julai 2012 hingga 05  Julai 2012, yuran pendaftaran adalah RM30.00 setiap peserta (tanpa baju-T). DITUTUP !!!
  • goodies bag, lucky draw dan sijil penyertaan termasuk makan tengahari akan disediakan kepada semua peserta.

Penyertaan:
  • Penyertaan dibuka kepada semua peminat dan rider MTB seluruh Malaysia. DITUTUP !!!
  • Peserta terawal yang mendaftar (sebelum 01 Julai 2012) berpeluang memiliki Baju-T (Yuran RM50). DITUTUP !!

Goodies Bag:
  • Pengambilan goodies bag pada 14 Julai 2012, Sabtu selepas selesai kayuhan di Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
  • Sila bawa borang penyertaan dan slip pembayaran ASAL semasa mengambil goodies bag (bagi pendaftaran walk-in hanya perlu bawa resit ASAL). Bagi pendaftaran berkumpulan, HANYA ketua kumpulan dibenarkan untuk mengambil goodies bag.




        TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 05 JULAI 2012 
        PENDAFTARAN DITUTUP !!!


        ********************************************************************


        Untuk mendaftar sila hubungi:

        Insp Junid 012-644 6991 , Hj Tuah 019-772 3155
        Sekretariat 06-768 2439 [ 9.00 am - 4.30 pm ]  Fax : 06-768 2443

        e-mail : redberet_2012@yahoo.com
        facebook (page) : MTB Red Beret Challenge 2012 


        ********************************************************************